glitter-graphics.com God Is Love

Rabu, 10 Februari 2016

ZAMAN PARA SAHABAT RASULULLAH S.A.W

ZAMAN SAHABAT

•         MASA: bermula dari kewafatan Rasulullah (11H) hingga akhir abad pertama Hijrah

•         PERINGKAT: zaman penafsiran undang-undang di zaman permulaan terbukanya pintu ijtihad dan istinbat(iaitu mengeluarkan hukum dengan berlandaskan al-Quran dan al-Hadis dalam perkara yang belum ada nas yang jelas)

* Takrif sahabat: Sesiapa yang bertemu dengan Nabi (s.a.w) dalam keadaan beriman dengan Baginda dan meninggal dalam agama Islam

FATWA

•         Dari Segi Bahasa
    Keputusan/ penjelasan/ jawapan terhadap sesuatu perkara yang dimusykilkan.

•         Dari Segi Istilah
    Memberikan penjelasan Hukum Syarak bagi sesuatu masalah sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara individu mahupun secara berjemaah.


CARA PERUNDANGAN:
·       Maksud Ijtihad

 Bahasa : Mencurah segala kemampuan dalam segala perbuatan. Kata-kata ijtihad tidak dipergunakan kecuali kepada hal-hal yang mengandungi kesulitan dan memerlukan banyak tenaga.

Istilah
: Mencurah segala kemampuan bagi mendapatkan hukum syara’ yang bersifat praktikal dengan cara istimbat – mengambil kesimpulan hukum.

•         Saidina AbuBakar r.h ketika ditemui untuk menyelesaikan dua pihak yang bertelagah rujuk dalam al-Quran terlebih dahulu. Jika tiada, rujuk kepada al-Sunnah. Jika tidak jumpa, beliau mencari sesiapa yang mungkin tahu terdapat hadis yang berkaitan. Kalau tiada, beliau himpunkan tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin masyarakat lalu dibuat mesyuarat dan keputusan diambil secara bersama (riwayat Maimun ibn Mahran)

 ZAMAN PEMBUKUAN DAN IMAM MUJTAHID

         MASA: bermula dari tahun 100H hingga 350H

         PERINGKAT: pada masa ini imam-iman mujtahid aktif mengarang
          dan menulis buku-buku hadis,fatwa-fatwa sahabat,tabiien dan
          pengikut tabiien, Tafsir al-Quran, Feqh-feqh Imam Mujtahid, risalah-
          risalah ilmu dan feqh dibukukan.


Imam Mujtahid
         Pengganti Rasulullah dalam membentuk hukum agama= golongan
          tabiien.
         Orang-orang yang bertugas mengeluarkan hukum dari dalam
          Al-Qur’an dan Hadits.
         Penguatkuasaan berdasarkan kepercayaan orang ramai.

Syarat :
         mengetahui bahasa Arab sedalam-dalamnya
         mahir dalam hukum-hukum Al-Qur’an,mengerti Ilmu Usul
           Fiqih(sifat-sifat ayat al-Quran)
         mengerti akan isi dan maksud Al-Qur’an keseluruhannya
         Mengetahui “Asbabun-nuzul” bagi setiap ayat itu, yakni
           mengetahui sebab maka ayat-ayat itu diturunkan
         Mengetahui hadits-hadits Nabi, sekurangnya apa yang telah
          termaktub dalam Kitab-kitab Hadits yang 6, yaitu :
          1. Sahih Bukhari,
          2. Sahih Muslim,
          3. Sahih Tirmidzi,
          4. Sunan Nisai,
          5. Sunan Abi Daud
         6. Sunan Ibnu Majah.

         Berkesanggupan menyisihkan mana hadits-hadits yang sahih, mana
          yang maudhu’ (yang dibuat-buat oleh musuh-musuh Islam), mana
          hadits yang kuat, mana hadits yang lemah.
         Mengerti dan tahu pula fatwa-fatwa Imam Mujtahid yang terdahulu
          dalam masalah-masalah yang dihadapi.


SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM

ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM:

DIBAHAGIKAN KEPADA 4 MASA:
1        1.      ZAMAN RASULLULLAH
2        2.      ZAMAN SAHABAT
3        3.      ZAMAN PEMBUKUAN IMAM-IMAM MUJTAHID
4        4.      ZAMAN TAKLID


ZAMAN RASULULLAH

        
MASA:  bermula dari zaman Rasulullah dilantik menjadi Rasul(610M) sehingga
                     wafatnya(632M)
      •         TEMPOH MASA: 23 tahun
      •         CARA PERUNDANGAN: secara beransur-ansur selama 22 tahun
      •         SUMBER RUJUKAN: Rasulullah
      •         PUNCA UNDANG-UNDANG:
        -Undang-undang disyariatkan berdasarkan kepada kes-kes yang berlaku pada masa
         itu.Apabila berlaku suatu perkara atau kes dikalangan para sahabat , mereka akan
         bertanya kepada Baginda saw untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan
         tersebut , dan Rasulullah saw akan memberikan jawapan melalui 2 kaedah :
                                                                                I.            WAHYU
                                                                              II.            I’KTIKAD RASULLULLAH

        i.            WAHYU:
·         Allah SWT akan menurunkan wahyu kepada Baginda SAW sebagai jawapan kepada permasalahan yang diajukan oleh para sahabat.

SURAH AL-BAQARAH 217,

            “Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah, berperang dalam bulan itu adalah dosa besar”

      ii.            I’KTIKAD RASULULLAH:
·         Apabila Allah SWT tidak menurunkan wahyu sebagai jawapan kepada persoalan atau permasalahan yang ditujukan oleh Para Sabahat , Rasulullah SAW akan melakukan ijtihad berdasarkan ilmu serta pengawasan dan pemerhatian daripada Allah A’zza Wajalla,

AN-NAJMU, ayat 3 dan 4 :

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (AL QURAN) menurut hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”
·         Dalam keadaan ini, apabila terdapat ijtihad Rasulullah SAW yang tersalah atau melencong daripada landasan yang ditetapkan , maka pada ketika itu Baginda saw akan ditegur oleh Allah swt agar Baginda saw memperbetulkan kembali ijtihadnya.
·         Sebagai contoh , peristiwa bagaimana Rasulullah saw telah menyembahyangkan jenazah Abdullah bin Ubay , seorang munafiq yang telah diketahui umum oleh masyarakat Islam ketika itu.Perbuatan Baginda saw itu telah ditegur oleh Allah swt dalam firman-Nya dalam surah
AT-TAUBAH AYAT 84:
وَلا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَ اسِقُونَ        
“Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.”                                                  

PERINGKAT:
·         TANAH MEKKAH:
§  Selama 12 tahun dan beberapa bulan

§   Ayat yang diturunkan hanya berkisar tentang akidah, akhlak atau susila dan contoh-contoh teladan dari kelakuan tindakan-tindakan orang-orang dahulukala

§  Ayat-ayat Makkiah kebanyakkan terpulang kepada tujuan utama dalam agama iaitu tauhid, mengemukakan bukti adanya Allah

§  Ayat-ayat Makkiah kebiasaannya pendek-pendek supaya menyenangkan Rasulullah dan orang-orang Mukmin menghafalnya

§  Tiap-tiap surah yang ada ‘Sajdah’ adalah ayat-ayat Makkiah kecuali dalam Surah al-Hajj
·       
  
TANAH MADINAH :
§  10 tahun mulai dari tarikh perpindahannya sampai tarikh wafatnya
§   mengatur perundangan dan seterusnya undang-undang muamalat, sivil dan sebagainya.
§  Ayat-ayat Madaniyah menetapkan hukum-hukum yang menerangkan fardhu-fardhu dan hudud
§  Ayat-ayat Madaniyah menetapkan hukum-hukum yang menerangkan fardhu-fardhu dan hudud
TUJUAN:
ü  Supaya umat Islam yang ketika itu masih tebal dan sebati dengan amalan jahiliyyah , dapat menerima hukum-hakam Islam secara beransur-ansur.Dalam erti kata lain , hukum yang mula-mula disyari’atkan adalah bersifat sementara , manakala pindaan yang terakhir pula adalah bersifat kekal yang mesti diterima pakai oleh umat Islam yang kemudian.

ü  Terdapat kes-kes dimana wahyu yang diturunkan oleh Allah swt bukan bertujuan untuk menjawab permasalahan atau persoalan yang ditimbulkan oleh para sahabat.Tetapi ianya diturunkan oleh Allah swt , sebagai pensyari’atan terhadap sesuatu hukum dan kewajipan.Dalam erti kata lain , wahyu tersebut diturunkan atas alasan telah tiba masanya sesuatu perintah dan kewajipan itu dilaksanakan dalam masyarakat.Antaranya ialah , kewajipan melakukan Ibadat , peraturan nikah , jenayah dan sebagainya.
ü  Terdapat kes-kes dimana wahyu yang diturunkan oleh Allah swt bukan bertujuan untuk menjawab permasalahan atau persoalan yang ditimbulkan oleh para sahabat.Tetapi ianya diturunkan oleh Allah swt , sebagai pensyari’atan terhadap sesuatu hukum dan kewajipan.Dalam erti kata lain , wahyu tersebut diturunkan atas alasan telah tiba masanya sesuatu perintah dan kewajipan itu dilaksanakan dalam masyarakat.Antaranya ialah , kewajipan melakukan Ibadat , peraturan nikah , jenayah dan sebagainya.


ü  Ketika tertubuhnya Negara Islam Madinah , masyarakat sangat-sangat memerlukan kepada suatu undang-undang atau perlembagaan yang boleh menjadi panduan dalam kehidupan seharian, serta dapat mengatur hubungan antara sesama manusia dan juga hubungan antara manusia dengan Allah ‘Azza wajalla.