ZAMAN SAHABAT
• MASA: bermula dari kewafatan Rasulullah
(11H) hingga akhir abad pertama Hijrah
• PERINGKAT: zaman penafsiran undang-undang
di zaman permulaan terbukanya pintu ijtihad dan istinbat(iaitu mengeluarkan
hukum dengan berlandaskan al-Quran dan al-Hadis dalam perkara yang belum ada
nas yang jelas)
* Takrif sahabat: Sesiapa yang bertemu
dengan Nabi (s.a.w) dalam keadaan beriman dengan Baginda dan meninggal dalam
agama Islam
FATWA
• Dari
Segi Bahasa
Keputusan/ penjelasan/ jawapan terhadap
sesuatu perkara yang dimusykilkan.
• Dari
Segi Istilah
Memberikan penjelasan Hukum Syarak bagi
sesuatu masalah sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara
individu mahupun secara berjemaah.
CARA PERUNDANGAN:
· Maksud Ijtihad
Bahasa : Mencurah segala kemampuan dalam segala perbuatan. Kata-kata ijtihad tidak dipergunakan kecuali kepada hal-hal yang mengandungi kesulitan dan memerlukan banyak tenaga.
Istilah : Mencurah segala kemampuan bagi mendapatkan hukum syara’ yang bersifat praktikal dengan cara istimbat – mengambil kesimpulan hukum.
• Saidina AbuBakar r.h ketika ditemui
untuk menyelesaikan dua pihak yang bertelagah rujuk
dalam al-Quran terlebih dahulu. Jika tiada, rujuk kepada al-Sunnah. Jika tidak
jumpa, beliau mencari sesiapa yang mungkin tahu terdapat hadis yang berkaitan.
Kalau tiada, beliau himpunkan tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin masyarakat lalu
dibuat mesyuarat dan keputusan diambil secara bersama (riwayat Maimun ibn
Mahran)
ZAMAN
PEMBUKUAN DAN IMAM MUJTAHID
• MASA: bermula dari tahun 100H hingga 350H
• PERINGKAT: pada masa ini imam-iman mujtahid aktif mengarang
dan menulis buku-buku hadis,fatwa-fatwa sahabat,tabiien dan
pengikut tabiien, Tafsir al-Quran, Feqh-feqh Imam Mujtahid, risalah-
risalah ilmu dan feqh dibukukan.
Imam Mujtahid
• Pengganti Rasulullah dalam membentuk
hukum agama= golongan
tabiien.
tabiien.
• Orang-orang yang bertugas mengeluarkan
hukum dari dalam
Al-Qur’an dan Hadits.
Al-Qur’an dan Hadits.
• Penguatkuasaan berdasarkan kepercayaan
orang ramai.
Syarat :
• mengetahui bahasa Arab
sedalam-dalamnya
• mahir dalam hukum-hukum Al-Qur’an,mengerti
Ilmu Usul
Fiqih(sifat-sifat ayat al-Quran)
Fiqih(sifat-sifat ayat al-Quran)
• mengerti akan isi dan maksud Al-Qur’an
keseluruhannya
• Mengetahui “Asbabun-nuzul” bagi setiap
ayat itu, yakni
mengetahui sebab maka ayat-ayat itu diturunkan
mengetahui sebab maka ayat-ayat itu diturunkan
• Mengetahui hadits-hadits Nabi,
sekurangnya apa yang telah
termaktub dalam Kitab-kitab Hadits yang 6, yaitu :
1. Sahih Bukhari,
2. Sahih Muslim,
3. Sahih Tirmidzi,
4. Sunan Nisai,
5. Sunan Abi Daud
6. Sunan Ibnu Majah.
termaktub dalam Kitab-kitab Hadits yang 6, yaitu :
1. Sahih Bukhari,
2. Sahih Muslim,
3. Sahih Tirmidzi,
4. Sunan Nisai,
5. Sunan Abi Daud
6. Sunan Ibnu Majah.
• Berkesanggupan menyisihkan mana hadits-hadits yang sahih, mana
yang maudhu’ (yang dibuat-buat oleh musuh-musuh Islam), mana
hadits yang kuat, mana hadits yang lemah.• Mengerti dan tahu pula fatwa-fatwa Imam Mujtahid yang terdahulu
dalam masalah-masalah yang dihadapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan