glitter-graphics.com God Is Love

Rabu, 10 Februari 2016

SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM

ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM:

DIBAHAGIKAN KEPADA 4 MASA:
1        1.      ZAMAN RASULLULLAH
2        2.      ZAMAN SAHABAT
3        3.      ZAMAN PEMBUKUAN IMAM-IMAM MUJTAHID
4        4.      ZAMAN TAKLID


ZAMAN RASULULLAH

        
MASA:  bermula dari zaman Rasulullah dilantik menjadi Rasul(610M) sehingga
                     wafatnya(632M)
      •         TEMPOH MASA: 23 tahun
      •         CARA PERUNDANGAN: secara beransur-ansur selama 22 tahun
      •         SUMBER RUJUKAN: Rasulullah
      •         PUNCA UNDANG-UNDANG:
        -Undang-undang disyariatkan berdasarkan kepada kes-kes yang berlaku pada masa
         itu.Apabila berlaku suatu perkara atau kes dikalangan para sahabat , mereka akan
         bertanya kepada Baginda saw untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan
         tersebut , dan Rasulullah saw akan memberikan jawapan melalui 2 kaedah :
                                                                                I.            WAHYU
                                                                              II.            I’KTIKAD RASULLULLAH

        i.            WAHYU:
·         Allah SWT akan menurunkan wahyu kepada Baginda SAW sebagai jawapan kepada permasalahan yang diajukan oleh para sahabat.

SURAH AL-BAQARAH 217,

            “Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah, berperang dalam bulan itu adalah dosa besar”

      ii.            I’KTIKAD RASULULLAH:
·         Apabila Allah SWT tidak menurunkan wahyu sebagai jawapan kepada persoalan atau permasalahan yang ditujukan oleh Para Sabahat , Rasulullah SAW akan melakukan ijtihad berdasarkan ilmu serta pengawasan dan pemerhatian daripada Allah A’zza Wajalla,

AN-NAJMU, ayat 3 dan 4 :

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (AL QURAN) menurut hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”
·         Dalam keadaan ini, apabila terdapat ijtihad Rasulullah SAW yang tersalah atau melencong daripada landasan yang ditetapkan , maka pada ketika itu Baginda saw akan ditegur oleh Allah swt agar Baginda saw memperbetulkan kembali ijtihadnya.
·         Sebagai contoh , peristiwa bagaimana Rasulullah saw telah menyembahyangkan jenazah Abdullah bin Ubay , seorang munafiq yang telah diketahui umum oleh masyarakat Islam ketika itu.Perbuatan Baginda saw itu telah ditegur oleh Allah swt dalam firman-Nya dalam surah
AT-TAUBAH AYAT 84:
وَلا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَ اسِقُونَ        
“Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.”                                                  

PERINGKAT:
·         TANAH MEKKAH:
§  Selama 12 tahun dan beberapa bulan

§   Ayat yang diturunkan hanya berkisar tentang akidah, akhlak atau susila dan contoh-contoh teladan dari kelakuan tindakan-tindakan orang-orang dahulukala

§  Ayat-ayat Makkiah kebanyakkan terpulang kepada tujuan utama dalam agama iaitu tauhid, mengemukakan bukti adanya Allah

§  Ayat-ayat Makkiah kebiasaannya pendek-pendek supaya menyenangkan Rasulullah dan orang-orang Mukmin menghafalnya

§  Tiap-tiap surah yang ada ‘Sajdah’ adalah ayat-ayat Makkiah kecuali dalam Surah al-Hajj
·       
  
TANAH MADINAH :
§  10 tahun mulai dari tarikh perpindahannya sampai tarikh wafatnya
§   mengatur perundangan dan seterusnya undang-undang muamalat, sivil dan sebagainya.
§  Ayat-ayat Madaniyah menetapkan hukum-hukum yang menerangkan fardhu-fardhu dan hudud
§  Ayat-ayat Madaniyah menetapkan hukum-hukum yang menerangkan fardhu-fardhu dan hudud
TUJUAN:
ü  Supaya umat Islam yang ketika itu masih tebal dan sebati dengan amalan jahiliyyah , dapat menerima hukum-hakam Islam secara beransur-ansur.Dalam erti kata lain , hukum yang mula-mula disyari’atkan adalah bersifat sementara , manakala pindaan yang terakhir pula adalah bersifat kekal yang mesti diterima pakai oleh umat Islam yang kemudian.

ü  Terdapat kes-kes dimana wahyu yang diturunkan oleh Allah swt bukan bertujuan untuk menjawab permasalahan atau persoalan yang ditimbulkan oleh para sahabat.Tetapi ianya diturunkan oleh Allah swt , sebagai pensyari’atan terhadap sesuatu hukum dan kewajipan.Dalam erti kata lain , wahyu tersebut diturunkan atas alasan telah tiba masanya sesuatu perintah dan kewajipan itu dilaksanakan dalam masyarakat.Antaranya ialah , kewajipan melakukan Ibadat , peraturan nikah , jenayah dan sebagainya.
ü  Terdapat kes-kes dimana wahyu yang diturunkan oleh Allah swt bukan bertujuan untuk menjawab permasalahan atau persoalan yang ditimbulkan oleh para sahabat.Tetapi ianya diturunkan oleh Allah swt , sebagai pensyari’atan terhadap sesuatu hukum dan kewajipan.Dalam erti kata lain , wahyu tersebut diturunkan atas alasan telah tiba masanya sesuatu perintah dan kewajipan itu dilaksanakan dalam masyarakat.Antaranya ialah , kewajipan melakukan Ibadat , peraturan nikah , jenayah dan sebagainya.


ü  Ketika tertubuhnya Negara Islam Madinah , masyarakat sangat-sangat memerlukan kepada suatu undang-undang atau perlembagaan yang boleh menjadi panduan dalam kehidupan seharian, serta dapat mengatur hubungan antara sesama manusia dan juga hubungan antara manusia dengan Allah ‘Azza wajalla.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan