glitter-graphics.com God Is Love

Khamis, 14 Januari 2016

KEPENTINGAN PERUNDANGAN ISLAM

KEPENTINGAN MEMPELAJARI TARIKH TASRI’ / PERUNDANGAN ISLAM

  • Mengetahui prinsip dan tujuan syari’at Islam
  • Pemahaman terhadap Islam yang komprehensif
  • Sebagai bentuk penghargaan atas jasa para ulama
  • Menumbuhkan rasa bangga terhadap syaria’at Islam
  • Menumbuhkan motivasi dan optimis untuk mengembalikan kejayaan Islam.
  • Melahirkan sikap toleransi terhadap perbezaan di antara umat Islam

(A)            MENGETAHUI PRINSIP DAN TUJUAN SYARIAT ISLAM
Melalui kajian Perundangan Islam kita dapat mengetahui prinsip dan tujuan syariat Islam.Di mana tujuan dari syariat islam adalah untuk menjaga martabat seorang muslim dan sebagai pembeza atau identiti seorang muslim dibandingkan dengan penganut agama yang lain.
Prinsip syariat islam yang sentiasa mengutamakan unsur keadilan dan kasih sayang merupakan bahagian yang tak dapat dipisahkan dalam kehidupan dan manifestasi hukum islam,dan tentunya melalui pemahaman secara mendalam terhadap tarikh tasyri akan menimbulkan  toleransi dan memandangkan setiap orang dengan pandangan yang sama kerana memang yang paling mulia di sisi allah swt hanyalah yang dianugerahkan ketaqwaan dan menjadi keunggulan dari umat lainnya.

(B)PEMAHAMAN TERHADAP ISLAM YANG KOMPREHENSIF
Melalui kajian Perundangan Islam kita dapat mengetahui kesempurnaan dan syumuliyah ajaran islam terhadap seluruh aspek kehidupan yang tercermin dalam peradaban umat yang agung terutama di masa kejayaannya.Penerapan syariat islam bererti perhatian dan kepedulian Negara dan masyarakat terhadap pendidikan,ilmu pengetahuan,ekonomi,akhlaq ,aqidah ,hubungan social,hukum,dan aspek-aspek lainnya,Dengan demikian adalah keliru jika ada persepsi bahawa syariat islam hanyalah mempunyai hukum “uqubat seperti qishash ,rejam ,dan sejenisnya.
Islam bukan sekadar doktrin,bukan sekadar ibadah dan penghambaan,tapi islam bersifat holistic dan universal serta sesuai dengan perkembangan dan keadaan zaman.Jika masih ada pemisahan dalam kajian hukum islam dengan Negara misalnya,maka itulah yang disebut sebagai liberal.Kerana Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna mengatakan bahawa islam adalah doktrin ibadah ,islam adalah ekonomi ,islam adalah pedang dan jihad,islam adalah method dan strategi politik dan islam yang menjamin kehidupan kesejahteraan masyarakat .Jika Islam hanya dipandang dari satu sudut atau satu sisi tertentu maka dapat dikatakan bahawa ia masih mempermainkan tentang pemahaman keislamannya kerana Allah SWT,memberikan perintah kepada umatnya untuk masuk ke dalam agama ini secara kaaffah (keseluruhan) dan tidak sebahagian tertentu sahaja.
(C)SEBAGAI BENTUK PENGHARGAAN ATAS JASA PARA ULAMA
Melalui kajian Sejarah Perundangan Islam kita dapat menghargai usaha dan jasa para ulama,dimulai dari para sahabat Rasulullah SAW hingga para iman dan murid-murid mereka dalam mengisi khazanah ilmu dan peradaban kaum muslimin.
Para ulama terdahulu mencurahkan kehidupan mereka untuk perkembangan keilmuan Islam ,tidak hanya sebatas ilmu yang bersifat qauliyah akan tetapi juga ilmu kauniyah.Banyak kita saksikan dalam sorotan sejarah,para tokoh muslim terdahulu tidak hanya ahli dalam bidang Al-Quran dan Hadiths,tapi ia juga seorang ahli filsafah,ahli perubatan ,ahli perubatan ,ahli astronomi dan ahli sejarah.Oleh kerana itu dengan kita memahami tarikh tasyri adalah manifestasi kita terhadap jasa dan peranan penting mereka dalam mengembangkan hukum islam dari waktu ke waktu agar islam disegani,tidak hanya sebagai agama yang menunjukkan penundukkan terhadap Allah SWT akan tetapi sebagai solusi dalam setiap permasalahan yang terjadi,kerana islam adalah agama masa depan.
(D)MENUMBUHKAN RASA BANGGA TERHADAP SYARIAT ISLAM
Melalui kajian ini akan tumbuh dalam diri kita kebanggaan terhadap syariat islam ,rasa bangga itu muncul kerana memahami bahawa syariat islam adalah satu-satunya jalan yang akan menyelamatkan umat manusia dari jurang kemurkaan Allah SWT  serta syariat Islamlah yang menjadi ukuran baik dan buruk serta menjadi kayu ukur dalam setiap langkah dan pergerakan umat islam.
Serta yang penting pula bagaimana kita memberikan pemahaman dan mewariskan sikap kebanggaan akan syariat islam ini kepada generasi selanjutnya.
(E)MENUMBUHKAN MOTIVASI DAN OPTIMIS UNTUK MENGEMBALIKAN KEJAYAAN ISLAM
Melalui kajian umat islam terhadap tarikh tasyri ini akan menyalakan api semangat bahawa islam mengalami kejayaan yang gemilang ,masa keemasan yang menjadi pusat dan ukuran dalam membangunkan peradaban dan kebudayaan ,di mana aspek kehidupan dan menjadi rujukan utama dalam kajian keilmuan.
(F)MELAHIRKAN SIKAP TOLERANSI TERHADAP PERBEZAAN DI ANTARA UMAT ISLAM
Sikap tasamuh atau toleransi terhadap perbezaan fahaman atau lebih tepatnya perbezaan tatacara ibadah yang merupakan furu’iah bagi ummat islam seharusnya tidaklah menjadikan konflik yang akan mengakibatkan pecahnya semangat persatuan dan kesatuan umat islam jika memahami secara mendalam tentang tarikh tasyri ini.Kerana telah dijelaskan di atas bahawa feqah merupakan produk ulama yang cenderung kepada kebenaran.
Pemahaman terhadap tarikh tasyri’ akan melahirkan sikap toleransi dan serta saling menghargai terhadap perbezaan pendapat,perbezaan pemahaman dan pandangan pemahaman tersebut berdasarkan pada penafsiran Al-Qur’an dan Hadits yang benar dan lurus.






KEPENTINGAN PERUNDANGAN ISLAM
·         Mengawal kemahuan dan kehendak manusia dari mengikut tuntutan nafsu semata-mata

·         Islam mensyariatkan undang-undang yang mampu mengawal segala perilaku manusia agar keamanan dan keadilan dalam masyarakat terus terjamin.

·         Undang-undang yang disyariatkan secara langsung dari pencipta ini, pasti mempunyai nilai dan ciri-ciri khusus yang mampu mencapai objektif perundangan sebenar .

KESIMPULAN
Perundangan Islam yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya mencakupi segala aspek kehidupan manusia kearah kebaikan dunia dan akhirat.Ia mempunyai keistimewaan yang tertentu yang tidak ada pada undang – undang buatan manusia.

Perundangan Islam penting untuk mengawal tindak tanduk  manusia ke arah membentuk kehidupan yang harmoni.

4 ulasan:

  1. EVERYTHING TO PERFECT !!!
    IS YOU ASK ME !! Your AWESEOME !!
    Oh yeah, always remember. Try make the background turn to Standard Wallpaper and not (Live Wallpaper).
    Stay Awesome you got my support
    ---> ViPeR_FanS

    BalasPadam